Selamat Hari Lahir !

Alhamdulillah. Syukur alhamdulillah. Pada 16 Mac 2014, sedar tak sedar dah mencecah 20 tahun usia aku. Sekejap je rasa. Lima tahun daripada sekarang dah umur 25, masa berjalan terlalu pantas. Aku takut dan gerun untuk menghadapi hari-hari mendatang kerana aku sendiri tak pasti apa yang menanti di hadapan.

Tak ada apa aku nak ceritakan tentang sambutan hari lahir aku. Aku cuma lalui seperti hari-hari biasa. Tiada kek. Tiada hadiah. Cuma ucapan daripada rakan-rakan yang ada. Jadi aku nak kongsikan ucapan hari lahir yang aku terima di sini. Mana tahu nanti dah tua boleh baca balik ucapan yang aku terima masa hari lahir yang ke-20. Hihi.

  • Ucapan yang paling bermakna bagi aku walaupun nampak macam main-main kerana dia adalah satu-satunya adik beradik yang aku ada. Adik, teruskan perjuangan! Cintakan paramedik seperti mana kau cintakan mama dan abah. Ikhlaskan diri untuk menerima ilmu, pasti berjaya. InsyaAllah.

  • Ucapan daripada sahabat yang tak pernah aku jumpa tapi aku yakin dengan persahabatan yang kita bina. Ayat dia yang sedikit pelik bagi aku nampak macam tak serius tapi aku tahu kau macam mana. Terima kasih, Tensai Teki.

  • Ucapan daripada sahabat yang sama dengan Tensai tadi. Kitaorang satu group. Tak pernah bersua muka. Cuma percaya antara satu sama lain membina persahabatan yang sudah hampir 3 tahun di alam siber. Terima kasih dd atas ucapan dan doa. Maafkan aku ya jika ada percanggahan pendapat dan sebagainya. Biasalah Akma kan? Mesti nak menang, hihihi.

  • Ucapan yang aku terima daripada group mentor mentee. Terima kasih mentor, Miss Marina dan rakan mentee Emma, Jai, Ayu, Sheren, Farha, Syahmi, Jasman, Erica dan Huda. 


  • Akhir sekali, ucapan daripada laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang aku terima. Terima kasih sudi meluangkan masa untuk mention/tulis di wall walaupun hanya dua huruf, "hb". Terima kasih semua.

Selamat Hari Lahir, Akma Mohd Yunus. Moga Allah membantu aku untuk perbaiki diri menjadi lebih baik. InsyaAllah..


Kembali..


Kembali..?
Apa yang kembali? Aku. 

Aku kembali menaip dalam blog yang dah berdebu aku tinggalkan. Post terakhir pada 1 Disember 2013. Harini dah 5 Mac 2014. Hahaha. Aku tak tahu kenapa aku tinggalkan blog tak berentry begitu lama. Keinginan nak menaip itu ada tapi aku tak tahu nak story pasal apa sebab aku memang tak ada life yang menarik seperti korang semua. 

Entah kenapa pada pukul 5 petang pada 5 Mac 2014 ni aku tersign-in blog dan terus tekan new post. Rindu nak menaip rasanya. Ahh tak ada apa-apa pun sebenarnya aku nak cerita. Cuma ingin menambah entry baru yang menunjukkan blog ini masih berpunya. Masih bertuan. Masih wujud tuannya.

Sedar tak sedar cuti semester aku bakal berakhir. Hanya berbaki 4 hari. 4 hari untuk aku betulkan kembali masa tidur aku yang dah terbalik. Orang tidur, aku bangun. Orang bangun, aku tidur. 

Entah apa nak jadi dengan aku ni. Cuti semester aku habiskan dengan online hampir 24 jam. Mungkin? Kalau tak tidur adalah 24 jam. Kalau tidur, separuh jela. Huhuhu.

Esok nak ke kolej mendaftar subjek baru untuk semester seterusnya. Jujur aku tak sabar. Tak sabar nak habiskan satu peringkat pengajian aku. Aku hanya berbaki lagi 5 subjek. Kalau boleh nak ambil terus semua 5 subjek dan habis diploma esok. Nak cite pasal kalau ni, unta pon bole terbang kan =.=

Ok. Aku berhenti di sini. Kalau ada orang baca entry ni, bolehlah tinggalkan sepatah dua kata komen. Aku nak memotivasikan diri aku supaya jangan tinggalkan blog lagi kerana masih ada orang yang menantikan entry baru. Tapi kalau tak ada komen yang ditinggalkan, tak apalah nak buat macam mana aku bukan Lyssa Faizureen, Irine Nadia atau Cik Epal, aku adalah Akma Mohd Yunus. 

Hehe.