Sem baru :]

Google-Ergebnis für https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtc-jMdVqw61kWj-Pu28M-7zFDjWBjdlDkBYF9bjJWMwcMDmKeBez3HbgADdassUzyhyphenhyphenKLt7prlkKo08FGtAwe-mhslNVTMrzEovC2D4dw5ElbAwRZF7E61W9QF2MIckOwASMalea_sQ/s1600/5464311838_72fb2af8b1_z.jpg

Haa baru harini ada mood nak menaip entry. Biasalah orang tak profesional, menaip entry jarang-jarang sekali. Tak ada idea lorh nak story apa dekat blog ni. Bukannya ada cerita menarik pun kalau nak update hari-hari. Sebab hari-hari lakukan benda yang sama je.

Okay 4 Jun haritu dah start masuk kolej balik. Dah lama bercuti kan. Lama la sangat 3 minggu kot. Oklah memadai termasuk dengan sakit kaki sebab jatuh tangga tu lagi. Berganda-ganda aku cuti. Hihi. So ni first time aku melangkah masuk sem panjang. Eh? Ada pulak sem panjang? Apa tu? Sem panjang tu mengambil masa 4 bulan. Tempoh pengajian aku utk peringkat diploma hanyalah 2 tahun setengah. Sebab tu ada sem panjang dan sem pendek. Sem pendek pula hanya 2 bulan.

Jadi aku harap sangat aku berjaya bawa dan dapat pointer yang sepatutnya. Aku taknak drop paper. Nanti kena bayar lagi. Lepastu terjejas perjalanan aku selama 2 tahun setengah lagi. Arghh taknak taknak ! Takut sangat. Tapi aku rasa aku boleh buat. Tidaklah aku impikan utk dapatkan President List. Tapi kalau dapat pun, pasti aku gembira hingga tak terkata. Mudah-mudahan. 

Aku harap aku diberi kekuatan utk menempuh tahun pertama ni. Meh aku tunjuk sikit subjek yang aku ambil utk sem Jun 2012 ni.

1) Amalan Pengurusan
2) Pengenalan Kepada Ekonomi
3) English Language Awareness
4) Pengantar Perakaunan
5) Matematik Pengukuhan

Agak terketar-ketar jugalah. Dalam masa 4 bulan nak kena catch up semua ni. Ekonomi ngn Akaun tu risau sikit. Amalan Pengurusan lak orang kata teori tapi agak susah sebab byk membaca dan menghafal. Haishh risau jugak bila fikir. Fikir macam-macam benda. Kolej dah tak macam sekolah :( Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah segala urusanku. 


Esok senior konvo kat MSU ! Tahniahhhh abang-abang dan kakak-kakak kerana berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma !




3 comments:

Enrecca ❤ said...

Enrecca Was here :D :D

HAPPY BLOGGING ! :D :D

Enrecca ❤ said...

Enrecca Was here :D :D

HAPPY BLOGGING ! :D :D

Enrecca ❤ said...

Enrecca Was here :D :D

HAPPY BLOGGING ! :D :D