Assalamualaikum. Baru berkesempatan utk update blog. Ini pun terkejar-kejar. Nak join GA/Segmen pun dah tak ada masa sangat. Jadi blog pun terbiar bersawang. Aiyoyo. Cukuplah setakat tu mukadimah kan. Nanti taip lebih-lebih terlari tajuk pulak , hihi.
Pada hari Jumaat yang lalu bersamaan dengan 13 Julai 2012, Kolej PTPL Sentral (kolej Akma) telah mengadakan makan malam untuk merapatkan lagi hubungan para pensyarah dan para pelajar. Makan malam ini bertemakan Glam Masquerade bertempat di Dewan Sukan Datuk Keramat Jalan Jelatek. Dewan ni bersebelahan dengan stesen LRT Jelatek. Ada sesiapa dekat sini masa tu? Kenapa tak lambai Akma? Kikiki. Tetiba kan.
Majlis makan malam bermula dari jam 8 malam sehingga 10.30 malam. Ini adalah pengalaman pertama Akma menghadiri majlis macam ni. Ye lah sebelum ni duduk terperuk dekat rumah je bela lemak. Haha. Malam ni juga ada cabutan bertuah. Hadiah yang disediakan mak oii grand-grand gila lah (1st time). Contoh hadiah adalah seperti kamera nikon, handphone Samsung, HP printer, pendrive, hairdryer, toaster dan banyak lagi. Akma tak ingat dah. Ok tipu sebenarnya malas nak ingat sebab Akma tak bertuah malam tu. Tskk tskk. Me shooo sad.
Pada pendapat Akma, program malam tu adalah berjaya! Walaupun tak segah mana orang kata tapi suasana pada malam itu yang membuatkan rasa gah hadir. Wowww ! Harap tahun depan ada lagi ^_^ K jom layan gambar pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar Kolej PTPL Sentral.
Pengetua & Director of MSU
Pn Revathi, Pn Marina Kamaruddin, Pn Roselin & Cik Shumita
Cik Nabilla
Credit : Miss Bell & Syeera MPP
Next week dah midsem. Lagi terabai ler blog kesayangan haku ni. Adoyaii. Nak buat mcm mana. Sabar ye wahai blog lalingku. Aku akan kembali ;) BaiBai !
7 comments:
bestnyaaaa :)
Heee boleh laa :))
wah pakai topeng..ohsem. mse dip dulu pon pernah buat..^^
Hehe. Tapi susah nak pakai topeng lah sebab Akma pakai spek .
wah..
tema Masquerade..
best2 :)
tag akak.. (:
http://belogfiqahcheeky.blogspot.com/2012/07/simple-ga-caah.html
eh..adik sye pun ade tau malam ni..xtau la akma kenal ke x..hihi
Post a Comment