Jadilah Lelaki Pilihan Setiap Wanita



"Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut."


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat    pada awal waktu. Auratnya juga dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama waktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas-tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang.

7. Pergaulan yang terbatas. Tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibubapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira masa bercakap atau membuat kerja mahupun masa kecemasan.

Isteri seharusnya dijadikan sebagai seorang ratu BUKAN babu. Tugas isteri adalah melahirkan, menjaga anak-anak dan melayan suami.


2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum . sokong'sokong'skong sangat'sangt :)

Cik Akma said...

@Qiish waalaikumussalam . syukran :)