Jauhi Zina



     Lelaki yang sering melafazkan cinta dan sayang terhadap kamu, mengajak kamu keluar berdua-duaan bersamanya, sering mesej dan call kamu pada lewat malam, sering pegang-pegang tangan kamu sedangkan kamu HARAM baginya (belum nikah) adalah LELAKI YANG TIDAK LAYAK DIJADIKAN SUAMI. Dia mencintaimu kerana NAFSU. Jika benar dia mencintai kamu, dia tidak akan membawa kamu kepada maksiat. Dia tidak akan memulakan zina. 

Allah SWT bersabda:

"Sesungguhnya janganlah kamu hampiri zina. Sesungguhnya ia satu perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah serta seburuk-buruk jalan."

     Bila sebut zina, orang akan berfikir zina ialah melakukan hubungan seksual dengan lelaki ajnabi atau wanita ajnabi (bukan suami isteri). Ya betul itu adalah zina. Tapi jangan kita lupa mata, telinga, hati pun boleh menjadi zina.

Contoh zina:
  • Mata - memandang aurat orang lain
  • Telinga - mendengar suara seksi seorang wanita atau lelaki
  • Hati - rindu merindui dan berkhayal sehingga lupa pada Allah
Semua perkara ini dilarang adalah kerana menghampiri zina.

     Lelaki yang baik, soleh tidak akan menghampiri zina. Dia tahu batasan agama. Jika benar dia menyukai dan mencintai kamu, dia akan menikahi kamu. Cinta yang halal (suami isteri) itu suci, sentiasa mendapat pahala. Malaikat sentiasa mendoakan kamu. Kalau main kenyit mata antara suami isteri pun dapat pahala.

     Jika kamu menyukai seseorang, berdoalah pada Allah minta dia dijodohkan kepada kamu. Bila kamu teringatkan seseorang, sebutlah astaghfirullahalazim supaya kamu tidak leka dan lupa pada Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Al-Baqarah:216

Segala yang baik itu datang dari Allah. Segala yang buruk itu datang dari kekurangan saya sendiri.