Pre-Loved Novel For Sale

Alhamdulillah final exam sudah berakhir. Cuti sem bermula ! Weehuu~ Tak lama 2 minggu je dapat bersenang-lenang.

Akma nak let go 2 buah novel. Cukuplah dua dulu, test market. Huhu. Kalau ada yang nak beli novel ni, Akma tak kisah berapa pun harganya asalkan lebih daripada RM10 dan kurang daripada RM20. Letak harga sendiri termasuk postage okay? Kaedah pembayaran adalah melalui bank in ke CIMB/MAYBANK. Topup tidak diterima melainkan harganya tepat RM20. Hahahahahahahaha. Gurau je :)

AVAILABLE

Berita Dari Hati

Keadaan : 5/10

Harga asal
SEM RM17
S/S RM20

Sinopsis

Zaqyah hampir mengkhianati tali pertunangan dengan Aizzel. Gadis itu menerima lamaran Aizzel bukan atas nama cinta, tetapi kerana rasa kasihan. Lantas, saat dipujuk kekasih lama, Hazali, supaya mengikutnya berkahwin di sempadan, Zaqyah tidak berfikir panjang. Malangnya, kelibat Hazali tidak kunjung tiba di stesen kereta api, lokasi pertemuan seperti yang dijanjikan.

Gadis itu pulang dengan penuh kehampaan dan nekad mengotakan kata setuju yang sudah dilafazkan. Fikirannya menyuruh berlaku waras sedangkan hatinya masih tegar diulit memori indah bersama Hazali. Di gerbang perkahwinan, dia masih tidak mampu membuat pilihan dan akhirnya sengsara itu tetap menunggunya. Aizzel seorang suami yang gagal menterjemah cinta lantaran hati tersiat oleh ego lelaki yang keras seperti konkrit. Zaqyah tertanya-tanya mengapa semua lelaki yang dikenali sering mengecewakan hatinya.

SOLD OUT 

Cucur Bawang & Kopi 'O'

Keadaan : 9/10

Harga asal
SEM RM25.90
S/S RM28.90

Sinopsis
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.

Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.

Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?

Berminat? Boleh emailkan harga yang awak nak beli ke akmablogshop@gmail.com atau melalui Facebook





12 comments:

Hana said...

hana suka tengok nobel yang cover depan dia warna terang2 menarik macam ni. baca tak pun.hehe

Cik Akma said...

@hana hadi alahai yeke? sama macam adik Akma , suka tengok cover novel. hehe

Fatin Diana said...

yang second tu macam best je :D

Cik Akma said...

@Dianaa best ! baru habis baca semalam . hehe

✿INA AINAA✿ said...

boleh guna voucher BB1M tak?? hehehe nak beli untuk kakak lagi tapi novel ritu pun dy tak habis baca lagi

✿INA AINAA✿ said...

boleh guna voucher BB1M tak?? hehehe nak beli untuk kakak lagi tapi novel ritu pun dy tak habis baca lagi

✿INA AINAA✿ said...

boleh guna voucher BB1M tak?? hehehe nak beli untuk kakak lagi tapi novel ritu pun dy tak habis baca lagi

Cik Akma said...

@✿A I N A A✿ alamak guna baucer buku pulak . hahahaha .

cik jari manis said...

cover dia kiut laaa, trus rsa nak bca..especially Cucur Bawang & Kopi 'O'

Cik Zura :) said...

tak dapat la.... ade maybank jee.. :)

singgah blog cantik ni.

Cik Akma said...

@Cik JariManis alaa belilah , baru leh baca :P

Cik Akma said...

@Cik Zura :) ala yeke? Maybank baru nak pegi buat esok :(