Cantik atau tak cantik ke tu tak penting. Yang penting kita kena bersyukur dengan rupa paras yang kita ada sekarang. Betul kan?
Kenapa Aku Tak Cantik ??
Kalau aku cantik,mungkin aku jadi model. Model?? Model kan seksi. Kalau la ada orang lelaki tengok punggung kita dah jadi satu dosa.Kan?Nauzubillah.
Kalau aku cantik, mungkin aku jadi pramugari. Tak salah jadi pramugari tapi kalau kat Air Asia, pakai skirt. Kalau MAS terbelah sikit kain dan free hair. Tak nak. Aku tak nak kerja tu. Kalau la pihak penerbangan bagi pramugari baju kurung tak ada belah dan boleh bertudung, mungkin aku nak kerja tu.
Kalau aku cantik, mungkin aku banyak boyfriend. Sebab ramai boyfriend nak dekat kita yang cantik. Susah nak dapat pilihan boyfriend mana yang terbaik yang boleh mendidik keluarga dengan cara Islam yang sungguh murni. Susahkan?
Aku bersyukur rupa paras aku macam ni sekarang. Walaupun aku gemuk, tapi ada orang masih sayang dekat diri aku. Boyfriend? Ahh tu cerita lain. Mungkin ada jodoh la nanti. Aku berserah pada yang Esa. Masih ada kawan yang nak berkawan dengan aku. Aku bersyukur.
Tapi
Elakkanlah memilih kawan. Jangan kita nak kawan dengan orang seperti kaya, cantik, glamour dan femes. Kesian lah pada orang yang kurang pendapatan, kurang cantik dan kurang glamour.
Kenapa?
kerana kita semua manusia sama sahaja.
Di akhirat pangkat semua tak dikira, tapi amalan kita yang dikira. Jadi sama-samalah kita berkawan ye.
credit : FB
No comments:
Post a Comment