Sayang 3 Dalam 1


Hollaa ~
Rindunya nak update blog . Da lama tinggal blog . Maklumlah busy sgt . Busy dgn aktiviti dkt kolej dan kelas maklumlah da nak dekat final exam . Bila online pon jenguk-2 FB . Kadang-2 letih sgt balek terus terlelap jee >.<

Haa berbalik pada tajuk , aku sekadar nak berkongsi 1 novel yg aku da baca iaitu novel Sayang 3 Dalam 1 . Da habis baca hari ahad yg lalu , best gila cerita ni .
Lepas da baca , jual kat kawan aku . Korang kena baca ni feel habis tauu, hehe .

Sinopsis
Seronok kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam drama bersiri Awan Dania! Disayangi, dilindungi dan dilayan bagi menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya.
Hmm… bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati. Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lif yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik. Saat Aryana mula mengenal cinta, muncul pula Zafran menagih kasih yang tidak kesampaian. Cinta monyet zaman sekolah sudah berlalu dan kini jejaka itu benar-benar menyayangi Aryana. Gadis itu bertambah bingung apabila Aizam cuba mengetuk pintu hatinya yang sudah sedia dipecah masuk oleh orang lain. Amboi, kasih sayang buat dirinya datang bertimpa-timpa, sekali harung!
Mahu atau tidak, kehidupan harus diteruskan. Sekarang, hanya ada satu cara yang harus dilakukan. Fikir dan bertindak! The best man wins! Hati kata, pilihlah dia. Otak kata, jangan! Hei, kasih… yang mana satu pilihan hatiku?

p/s Wish me luck for my final exam on Monday ^___^


No comments: