10 hal yang sia-sia


Sufyan ats-Tsauri , seorang ulama hadis yang terkemuka menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia iaitu :


  • Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak memohon doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
  • Orang yang kerap kali membaca Al-Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.  
  • Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid. 
  • Orang yang melawat tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk kesejahteraan arwah-arwah mereka.
  • Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah. 
  • Lelaki atau wanita yang tinggal dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan. 
  • Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
  • Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak diacuhkan dan tidak melayani tetamunya itu. 
  • Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti. 
  • Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

sumber : fb



No comments: