April



Hai April :)

Sorry April sebab aku baru hai dekat kau :D Harini baru aku berkesempatan untuk menaip entry dekat blog. Kesian blog dah lama terkubur. Eh tapi takde lah terkubur sangat cuma aku tak punya banyak masa untuk meluangkan masa di depan lappy dan mengadap blog untuk menaip entry. Aku cuma membiarkan blog aku dipenuhi oleh entry GA/Contest sahaja. Taklah sedih sangat tengok. At least bila orang datang tengok entry GA tu bertarikh semalam, orang akan tahu blog ni masih hidup. Betul tak? Daripada dibiarkan sebulan punya entry -,- Okay aku pernah buat. Tapi lepastu insaf sudah. 

Kenapa buat entry GA/Contest ada masa tapi masa untuk menaip entry tak ada? Jawapannya, sebab entry GA/Contest sangat simple dan kadang2 tak memerlukan untuk menaip berpuluh2 perkataan. Dalam seminggu yang lepas, hidup aku busy teramat sangat untuk menyiapkan assignment yang perlu dihantar. Sekarang ni short sem, dari assignment lah aku perlu mengumpul markah sebelum tibanya final exam. Oh ya sebelum aku terlupa mengenai result SPM? Biasa je. Tak straight A's pon. Aku tahulah aku tak pandai tapi janganlah nak menghina. Aku tak kisah kalau orang yang seangkatan dengan aku nak menghina2 aku sebab aku boleh basuh dia sekali. Ni seorang makcik. Yang penting bukan mak saudara aku. Aku pantang betul orang yang berstatus makcik ni menghina aku. Aku tahulah kau dah tua dan kau fikir aku kena menghormati kau? Pfftt..

Aku ada rasa bertuah sebab ada terpilih dalam beberapa GA sebagai pemenang. Terima kasih penganjur. Next time aku akan buat entry tentang kemenangan2 sebagai tanda menghargai dan terima kasih :)

Happy 10-monthsary


No comments: