skip to main |
skip to sidebar
31 Disember 2012
Hari ini merupakan hari terakhir tahun 2012. Maka genaplah umur blog Akma yang ke-2 tahun. Yayy ! Selamat Hari Lahir my baby boo, kikiki. Jarang sekali dapat meluangkan masa menaip entry hari lahir blog. Rasanya ini kali pertama? Rasanya.
Kesan menjawab paper Pampasan & Faedah pagi tadi sangat kuat melekat dalam kepala otak sampai boleh lupa pernah taip entry hari lahir blog ke tak. Abaikan sahajalah. Syukur sudah 2 tahun bergiat dalam dunia blogging.
Memories in 2012? Memories Si Akma? Apa kaitan dua benda alah ni? Eh? Yaa sememangnya blog ini diberi url sebegitu kerana ianya diwujudkan pada hari terakhir dalam tahun 2010. Ala-ala coretan memori gitu. Banyak memori terindah dan terduka dalam 2012. Eh ada ke perkataan terduka? Janji faham, hehe.
Alhamdulillah sepanjang 2012 ini kebanyakannya adalah memori yang terindah kerana masa dihabiskan untuk pergi kuliah. Untuk pengetahuan, 31 Disember 2012 juga genaplah setahun Akma menyambung pengajian dalam peringkat diploma. Alhamdulillah dah selamat menyelesaikan Tahun Pertama. Ada lagi setahun setengah. Moga dapat habiskan peringkat diploma dengan jayanya. Inshaallah.
Seterusnya, Akma dapat membanggakan kedua orang tua Akma dengan pointer yang bagus di mata mereka. Sebelum ini masa sekolah, harapanlah untuk tengok Akma belajar bersungguh-sungguh macam sekarang. Mama telah menghadiahkan benda yang Akma nak sangat. Syukur alhamdulillah. "Kakak janji akan menggunakannya dengan baik." Akma nak sangat sebab mudah untuk dibawa ke college kalau kena search apa-apa. Tak perlu nak berebut-rebut dekat library yang cuma ada komputer tak sampai 10 buah. Huhu. Maklumlah college kecil je. Hee
23 November 2012. Syukran jazilan ya Ummi ^^
3 comments:
fuyoo, best lah dapat tab. tahniah ^^
@Dianaa hehe tq FD :)
same dngn yng aien punyee :D
Post a Comment