Seorang anak merungut kerana hanya diberi RM1 oleh ibunya ketika hendak ke sekolah. "Mana cukup seringgit mak, zaman sekarang mana boleh beli apa-apa dengan rm1 ni." Sambil tersenyum, si ibu pun menambahkan wang saku untuk anak kesayangannya ke sekolah.
Pada malam harinya ketika di masjid, si ibu melihat anaknya memasukkan RM1 ke dalam tabung masjid. Maka, si ibu terus mendekati anaknya, lantas memuji dan mencium dahi anaknya kerana tindakan anaknya itu. Si ibu berkata, "Alhamdulillah, bagusnya anak ibu sorang ni." Si anak pun tersipu malu kerana dipuji.
Tiba-tiba terlintas di fikiran ibu untuk menguji anaknya dan bertanya,
"Ammar agak-agakkan, apa yang pihak masjid boleh beli dengan RM1 yang Ammar sedekah ni?"
"Tak tahu lah mak, tapi seringgit pun dikira sedekah jugakkan mak? insyaAllah, pihak masjid mesti akan manfaatkan setiap nilai wang yang orang bagi. Lagipun, ustaz Ammar cakap, ikhlas tu yang penting. tak kisah berapa yang kita bagi, sebab Allah kasih pada hamba-hambanya yang ikhlas" jawab Ammar dengan yakin.
"Jadi pada pandangan Ammar, apa beza RM1 Ammar kepada tabung masjid, dengan RM1 mak kepada Ammar?" soal si ibu sambil tersenyum menanti jawapan si anak. Ammar terdiam seribu bahasa, kemudian terus memeluk ibunya dan meminta maaf kerana sikapnya yang tidak bersyukur dan suka merungut.
Selalunya kita sanggup berhabis banyak wang untuk perkara-perkara dunia, makanan, pakaian dan kenderaan misalnya. Tetapi time nak sedekahkan ke tabung masjid, terasa sangat berat nak keluarkan jumlah wang yang banyak. Sebagai contoh, dalam dompet hanya ada sekeping RM50 dan RM1. Nah, dah tentu RM1 yang kita masukkan ke dalam tabung. Waktu-waktu beginilah kita mula nak bersoal tentang ikhlas. Tapi untuk kemewahan dunia, biasanya kita lupa apa itu ikhlas. Kan?
Kisah 2
4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja didalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kepada RM1, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1 menjawab, "Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari Pembawa beca, penjual sayur, penjual ikan dan tangan pengemis" Lalu RM1 bertanya balik kepada RM100, "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik dan aku singgah ke restoran mahal, di mall dan hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet"
Lalu RM1 bertanya lagi "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah "tidak pernah" RM1 pun berkata lagi "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1 tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada TUHAN. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"
Akhirnya menangislah RM100 kerana sombong dengan kehebatan dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.
Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan TUHAN kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.
4 comments:
cerita yang menarik..=)
@Nadia Johari terima kasih Nadia :)
kena bersyukur walaupun ada rm1
@hana hadi betul tu :)
Post a Comment