Tips Menutup Aurat



1. TAHU
  • Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dan lain-lain.
2. SEDAR
  • Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.
3. SYIAR
  • Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
4. FUNGSI CERMIN
  • Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?"
5. ASINGKAN
  • Asingkan pakaian kepada dua kriteria ; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi apabila bersendirian atau di hadapan suami.
6. MALU
  • Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan merasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7. SAHABAT
  • Bersahabat dengan wanita yang solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.
8. EKSKLUSIF
  • Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.
9. BANYAK MANFAAT
  • Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.

Memanglah perempuan tidak disuruh dan diwajibkan pakai tudung labuh yang bulat tu, labuh bawah siku dan sebagainya tapi diwajibkan menutup aurat dengan sempurna iaitu memakai tudung yang menutupi dada, tidak jarang, tutup rambut, leher dan telinga. Termasuklah juga melonggarkan pakaian, menutup semua anggota kecuali muka dan tapak tangan kepada orang yang bukan muhrim.

”Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. ” [An-Nur : 31]








9 comments:

✿INA AINAA✿ said...

nice tips.. ena ni pun masih berhijrah.. doakan ena ye supaya jadi muslimah yg sejati.. amin...

Anonymous said...

Nice tips., ^^ Lissa pun masih lemah lagi dalam hal-hal nii., In Shaa Allah dalam proses penghijrahan kepada yang lebih baik., ^^

munirahasnim said...

assalamualaikum, sy sdg berhijrah kepda diri sy yg lebih baik luar dan dalam. terima kasih sgt2 share post ni. doakan sy menjadi muslimah solehah yg lebih baik dari diri sy yg skrg :)

Shakira Pathi said...

Nice sharing :)

Cik Akma said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿ Akma doakan semua sahabat Akma supaya menjadi seorang muslimah sejati. aamiin :)

Cik Akma said...

@Lissa LaLissa alhamdulillah semoga dapat meneruskannya ^^

Cik Akma said...

@munirahasnim waalaikumussalam. alhamdulillah awak sedang berhijrah. saya sentiasa mendoakan saudara saya utk menjadi muslimah yg terbaik . aamiin :)

Cik Akma said...

@Shakira Pathi alhamdulillah.. terima kasih :)

anne said...

sangat membantu. saya baru ingin memulakan langkah dalam penghijrahan saya. doa kan saya semoga Allah permudahkan urusan ini.