Selamat Hari Lahir !

Alhamdulillah. Syukur alhamdulillah. Pada 16 Mac 2014, sedar tak sedar dah mencecah 20 tahun usia aku. Sekejap je rasa. Lima tahun daripada sekarang dah umur 25, masa berjalan terlalu pantas. Aku takut dan gerun untuk menghadapi hari-hari mendatang kerana aku sendiri tak pasti apa yang menanti di hadapan.

Tak ada apa aku nak ceritakan tentang sambutan hari lahir aku. Aku cuma lalui seperti hari-hari biasa. Tiada kek. Tiada hadiah. Cuma ucapan daripada rakan-rakan yang ada. Jadi aku nak kongsikan ucapan hari lahir yang aku terima di sini. Mana tahu nanti dah tua boleh baca balik ucapan yang aku terima masa hari lahir yang ke-20. Hihi.

  • Ucapan yang paling bermakna bagi aku walaupun nampak macam main-main kerana dia adalah satu-satunya adik beradik yang aku ada. Adik, teruskan perjuangan! Cintakan paramedik seperti mana kau cintakan mama dan abah. Ikhlaskan diri untuk menerima ilmu, pasti berjaya. InsyaAllah.

  • Ucapan daripada sahabat yang tak pernah aku jumpa tapi aku yakin dengan persahabatan yang kita bina. Ayat dia yang sedikit pelik bagi aku nampak macam tak serius tapi aku tahu kau macam mana. Terima kasih, Tensai Teki.

  • Ucapan daripada sahabat yang sama dengan Tensai tadi. Kitaorang satu group. Tak pernah bersua muka. Cuma percaya antara satu sama lain membina persahabatan yang sudah hampir 3 tahun di alam siber. Terima kasih dd atas ucapan dan doa. Maafkan aku ya jika ada percanggahan pendapat dan sebagainya. Biasalah Akma kan? Mesti nak menang, hihihi.

  • Ucapan yang aku terima daripada group mentor mentee. Terima kasih mentor, Miss Marina dan rakan mentee Emma, Jai, Ayu, Sheren, Farha, Syahmi, Jasman, Erica dan Huda. 


  • Akhir sekali, ucapan daripada laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang aku terima. Terima kasih sudi meluangkan masa untuk mention/tulis di wall walaupun hanya dua huruf, "hb". Terima kasih semua.

Selamat Hari Lahir, Akma Mohd Yunus. Moga Allah membantu aku untuk perbaiki diri menjadi lebih baik. InsyaAllah..


No comments: