skip to main |
skip to sidebar
Tamat Diploma
Alhamdulillah syukur kepadaMu Ya Allah. Akhirnya aku dapat habiskan satu langkah pengajian aku, iaitu diploma pada bulan September 2014 tempoh hari. Tapi kenapa dah tahun baru 2015 baru nak update? Oh biasalah aku terlampau lupa diri sebelum ni sampai lupa yang aku ada blog.
"Bestnya kau dah habis belajar. Aku ada lagi setahun ni. Doakan aku" kata seorang rakan kepadaku. Betul sangat nikmat dan bahagia rasanya apabila kau mampu melihat mama dan abah yang kau sayang tersenyum lega. Dan aku harap senyuman mereka itu akan bertukar menjadi senyuman bangga apabila melihat aku menaiki pentas untuk majlis konvokesyen pada bulan Januari 2015. Insyaallah. Buat rakanku, berjuang sehabis mampu dan kau juga akan rasa apa yang aku rasa sekarang. Aku sentiasa doakan kau.
Apa aku buat lepas dah habis belajar ni? Kerja? Duduk rumah bela perut? Kahwin? Haa kahwin tu jangan mimpi lagi. Haha. Aku dah melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda. Aku harap aku mampu mencipta kejayaan buat diri sendiri dan keluarga. Insyaallah
No comments:
Post a Comment