✈ FB ? mati ?

Assalamualaikum (;
semua org pasti ada akaun FB kan?
mari kita renung2kan bersama fikir2kan bersama jika 1 hari nanti kita mati ..
akaun FB kita hanya kita saja yg tahu password dan hanya kita saja yg boleh access ..

Dan , selepas kita mati ..
apa yg akan jadi pada akaun FB kita? mungkin ada yg akan ucapkan takziah , mungkin juga ada yg selalu menjenguk utk mengubat rindu tetapi ..
sedarkah kita .. gambar2 kita .. akan terus membuat kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yg tidak ditutupi aurat dgn sempurna mcm mana nanti?

Lelaki akan terus-terusan tengok dlm masa yg sama ,  tiada siapa yg boleh deletekan gambar2 kita ..
walau sudah bertahun-tahun kita mati , gambar itu terus ada .. saham dosa terus meningkat ..

Mcm mana? pernah terfikir tak?
tudung singkat yg dipakai tu, akan selamatkan kita di alam kubur nanti?
legging dan jeans yg ketat, boleh selamatkan kita?
baju yg membalut aurat itu, bagaimana pula?

Mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dgn gambar2 yg cantik di tempat2 yg kita telah lawati di muka bumiNya ini ..
Tapi di akhirnya nanti, semua itu tidak akan membawa erti .. semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita ..

Cuba kita renung2kan , saham dosa yg terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat ..

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan .
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan .
jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah .
mati itu PASTI .



No comments: