✈ adam ku ..

Adam ku…

Kau sebenarnya Imam dan aku adalah Makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah Ketua . Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam,kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu . Akalmu sembilan , nafsumu satu. Akal ku satu , nafsu ku beribu . Oleh itu pimpinlah tangan ku, kerana aku sering lalai dan leka serta sering tergelincir di tolak nafsu dan konco-konconya.


Adam ku…

Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akan aku aminkan doa mu agar kelak luas syurga kita. Lebih suka kalau engkau bangunkan aku bertahajud bersamamu ,agar nanti kita dirahmati.. Ya Rabbi…Kenalkan aku pada Majlis agama .Ajarilah aku Yassin dan ajaklah aku mengalunkan jantung kitabbullah di malam Jumaat yang penuh Barakah.. Khabarkanlah padaku tentang fardhu – fardhu yang patut aku tahu..
Bimbinglah aku dengan amar maaruf dan nahi mungkar..

Adam ku… 

Ajari aku agar menjadi isteri mu yang solehah.. Didiklah aku supaya menjadi permata di lembah kaca.. Selimutkan aku dengan iman dan taqwa sebagai bekal ke jalan Allah.. Ingatkan aku supaya hormat ,tunduk dan patuh pada mu setiap waktu.. Tolonglah aku Adam, agar aku tidak beku.. Bantulah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar ku tanggung.. Pimpinlah aku menuju Nur Jannah.. Tarbiahkan aku supaya kelak aku calon srikandi solehah.. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah.Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasullullah ,setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabiatul Adawiyah ,sekuat iman umpama taatnya Sumayyah ,seikhlas dan semurni Halimatus Saadiah dan segagah dan seteguh Nailah Al Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah . Seindah hiasan adalah wanita solehah ,moga aku hiasan terindah dalam hidupmu Adamku..




No comments: