1. Meninggikan suara
Akma sendiri sebagai seorang perempuan pun tak suka lelaki yang suka meninggikan suara. Tahulah suara mereka "macho" belaka.
2. Main kayu tiga dan empat
Kalau dah main kayu-kayu ni memang parah bunyinya. Akma rasa nak ketuk lelaki tu dengan kayu je. Lelaki kalau dah kena goda, alamak aih terus bertukar statusnya kepada single tak ingat langsung pasal kekasihnya. Tak semua lelaki hanya sesetengah sahaja.
3. Suka "cuci mata"
Kebanyakan lelaki suka "cuci mata" dengan melihat gadis yang seksi-seksi cow memang dabomb ni kan. Si gadis pun janganlah pakai yang menjolok mata. Dah dihidangkan dengan lauk depan mata, tak kan nak ditolak pulak kan? -.-
4. Kurang memberi perhatian
Lelaki ni kadang-kadang suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasih mereka. Kalau urusan berkenaan dengan diri sendiri, cepat pula mereka lakukannya. Jika berkaitan dengan teman wanita? Hmm buat tak tahu je. Macam mana perempuan tak merajuk? Kaum wanita tidak diminta untuk diberi perhatian 24jam 7hari seminggu. Tapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu tentang dirinya kerana sifat seseorang wanita itu manja dan ingin dimanjakan.
5. Kaki "sedut asap"
Apakah itu sedut asap? Nama lainnya adalah merokok. Perempuan rimas asyik berasap sana-sini. Dalam sehari habis berkotak-kotak rokok tersangatlah membazir. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan awak wahai lelaki. Dia juga tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun kaum wanita juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
Sebenarnya, Akma rasa ada banyak lagi perkara yang membuatkan perempuan tak suka akan perangai lelaki. Ini cuma sebahagian daripadanya sahaja. Akma creditkan isi-isi penting yang telah Akma ambil kepada blog budriez04.
10 comments:
Wah :D Jannah pun rasa cam gituu :D Thanks kongsi Ya ! :D
Wah :D Jannah pun rasa cam gituu :D Thanks kongsi Ya ! :D
Nur Jannah
Yep :)
Sama-sama kasih
bagi hana semua tu betul kecuali no4, Serabut gak asyik bg perhatian je..
BETOL3 BELAKA AKMA .. ^_^
Hnahdy
Oohh hana rasa cam dikongkong mungkin ye? hehe.
dEdEQ dE wIshEs
hihihi terima kasih dedeq :)
Follow sini...nice blog..
Bena tu akma..sy setuju..
Bena tu akma..sy setuju..
Post a Comment