Buat Dirimu Yang Bakal Menjadi Suamiku




Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan. Tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku perlukan. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu.


Andainya kamu adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan kelak. Bahagia itu pasti menjadi milik kita, itu janji Allah. Aku sayang kamu kerana Allah…”

Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.

Wallahualam...


2 comments:

Hana said...

tag awak
http://only-hana.blogspot.com/2012/10/contest-blog-cun-melecun.html

Cik Fie said...

Entri Yang Menarik ^-^

Dah Lama Follow Blog Ni . Follow Blog Saya Kalau Sudi :)

http://mynameishafizah.blogspot.com/