Assalamualaikum
Jom kita perbanyakkan amalan sunat di Hari Jumaat ni. Tapi jangan sampai amalan yang wajib tertinggal pula ya.
1. Memperbanyakkan selawat pada malam dan siang Jumaat
Sabda Rasulullah SAW : "Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat dan memberi salam kepadanya sepuluh kali" (Riwayat al-Baihaqi)
2. Membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat atau malam Jumaat
Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat " (Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi)
3. Mandi sunat, berhias, bersiwak/bersugi dan memakai wangi-wangian
Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah hari raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslim, sesiapa yang mendatangi Solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi, jika memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah kalian bersiwak" (Riwayat Ibnu Majah dengan Sanad Hassan)
4. Bersegera menghadiri Solat Jumaat
Terdapat ganjaran yang berbeza bagi mereka yang pergi ke masjid pada hari Jumaat:
- Waktu masuk ke masjid di awal waktu seolah-olah berkorban seekor unta
- Waktu kedua seolah-olah berkorban seekor lembu
- Waktu ketiga seolah-olah berkorban seekor kambing kibas
- Waktu keempat seolah-olah berkorban seekor ayam
- Waktu masuk ke masjid pada akhir waktu seolah-olah berkorban sebiji telur.
5. Berusaha duduk dekat dengan Imam semasa Solat Jumaat
Rasulullah SAW bersabda : "Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada Imam, sesungguhnya seorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di Syurga meskipun memasukinya" (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim
No comments:
Post a Comment