Review : Followers ke-1000



    Alhamdulillah followers blog Akma dah mencecah 1000 orang. Syukur Ya Allah.  "Apa? Followers baru cecah 1000 pun nak kecoh?" Alaa biar lah tak kacau awak pun,hihih. 
    Akma mula menjejakkan kaki ke dunia blog pada 31 Disember 2010 tapi follower baru je cecah seribu. "Kenapa lambat sangat?" Sebab Akma betul-betul aktif pada tahun 2011. Pada tahun 2010 tu masih hangat-hangat tahi ayam je blog ni,kekeke. Update pun sesikit aje. Penulisan pula tak payah cakaplah, Akma sendiri menyampah baca penulisan sendiri,haha. Pertengahan 2011 tu adalah rajin sikit blogwalking sana sini. Alhamdulillah capai target pada bulan Disember 2012 followers blog ada 1000 orang. 
   Okay berbalik pada tajuk, Akma ada tweet dekat Twitter yang Akma akan review follower ke-1000 beberapa hari yang lalu. Maka terhasillah entry ini. Jom tengok siapa yang bertuah tu. Jeng jeng jeng !


    "Bicara Hatiku" merupakan sebuah blog kepunyaan seorang blogger yang menggemari warna biru. Terima kasih Baiyah sebab sudi follow blog Akma yang tak seberapa ini.  Akma dah juga menekan butang follow di blog awak.    Sebelum memulakan review, Akma nak minta maaf terlebih dahulu andai review ini ada kata-kata yang membuatkan awak berasa tidak selesa dan menyakitkan hati awak. Ini cumalah pendapat Akma. Mahu menerima atau tidak itu terpulang pada awak.
    Pertama, blog awak tidaklah berserabut. Mungkin boleh tukar warna body content tu warna putih semuanya supaya nampak sama dengan header? Matching gitu.    
    Kedua, Akma tak tahu kenapa Akma tak boleh tekan navigation bar yang ada dalam blog awak. Samada memang tak boleh tekan atau line Akma yang problem tu Akma tak dapat nak pastikan. "Navigation tu apa?" Alaa yang dekat atas tu About Me, Facebook, Mutiara Kata, Tips & Petua. Bila tekan dia keluar "Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist"
    Ketiga, Akma tengok dekat side bar awak ada tulis Tabung Bersamamu tapi isinya tak ada pula. Ingat nak tolong klik tadi. Apa kata awak letak isinya supaya blogger-blogger lain yang singgah ke blog awak dapat tolong awak dengan klik iklan tersebut.
    Akhir sekali, Akma tengok cara penulisan entry tiada masalah. Akma boleh baca dengan jelas dan dapat memahami apa yang awak cuba sampaikan.  Harap blogger-blogger lain juga dapat menaip entry yang mudah difahami macam Baiyah. Bagus. Teruskan!
   Oh ya hampir terlupa, Akma ada siapkan Baiyah hadiah sebagai tanda penghargaan, kikiki. Tak adalah hadiah sebuah rumah mahupun iphone5 cuma simple header yang Akma sediakan. Harap Baiyah suka. 


Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom.







15 comments:

Syuhada Nasya said...

tahniahh :)

Cik Akma said...

@Syuhada Nasya terima kasih ^_^

afifudinsohaini said...

tahiah..okay gak kan kalu letak tabung menderma dalam ...boleh tolong orang

zinnia zaza said...

waa..bestny..hope some day bole dpt rmai follower mcm u.

Dunia Wilma said...

Tahniah ^_^

BaiYah said...

tima kasih review blog saya,,,
xde lah nak kecik hati ke ape..hihi
dgn review ni baru taw apa kelemahan blog saya,,tq22..
comel la header yang akma buat tu,,bleh guna x.??
saya tertarik,,,

LdyNisa said...

congrats ya.
:)

Cik Akma said...

@afifudinsohaini terima kasih.
Yep terpulang kalau nak letak tabung dalam blog. Boleh tambah pendapatan sampingan :)

Cik Akma said...

@zinnia zaza hehe in shaa Allah mesti boleh punya. Rajinkan blogwalking tau!

Cik Akma said...

@Dunia Wilma terima kasih ^_^

Cik Akma said...

@BaiYah Alhamdulillah sbb dpt terima pendapat Akma.
Eh gunalah header tu memang untuk Baiyah pun :)

Cik Akma said...

@LdyNisa thanks ya :)

Yanie Andierah said...

Tahniahhh :)

Cik Akma said...

terima kasih :)

Nur Najwa Bt Ibnu Pajar said...

tag awak
http://matakamisepet.blogspot.com/2012/12/segmen-3-upkan-followers-sempena-holiday.html