Kelebihan Solat Dhuha



Kelebihan "Dhuha"

  • Diampuni dosa walau seluas lautan
  • Dimurahkan rezeki 
  • Dijanjikan ganjaran syurga
  • Menjadikan seseorang sentiasa bersyukur dengan limpahan nikmat Allah

Dari Abu Hurairah dari Nabi, Baginda bersabda :"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha" maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru : manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu. Silakan masuk ke dalam dengan rahmat ALLAH. " (Riwayat Tabrani) 

Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud)




4 comments: