Berkat Sedekah Kepada Kucing



          Akma terjumpa artikel menarik ni. Terus tekan blogger.com laju-laju untuk taip entry ini. Subhanallah. Hebatnya kuasa Allah SWT. Akma nak share satu story mengenai kucing kepunyaan collegemate Akma.
          Akma ada seorang collegemate, Asyikin. Dia membela 35 ekor kucing di dalam rumah. Dia anak tunggal. Jadi, dengan kucing tempat dia mengadu, bermanja dan bergaduh. Pada mulanya kucing dia cuma 4 ekor tapi setelah beranak dan beranak sampai sekarang jadilah 35 ekor. 
          Ada seekor kucing ini dinamakan Miho. Betul kot ejaan. Selalu dengar dia cerita je tak pernah tanya macam mana ejaan pula. Hihi. Miho ni nama Korea kan? Apa yang menarik tentang kucing dia ni, sebelum tidur setiap malam mesti pasangkan lagu Korea untuknya. Kalau tak pasang, memang dia akan mengamuk tak nak tidur. Masa Akma dengar Asyikin cerita, Akma terkejut sangat. Akma cakap dalam hati "Ya Allah kucing ada perasaan nak berhibur seolah-olah macam manusia biasa. Hebatnya kuasa Allah" 
         Asyikin sayang sangat kucing-kucingnya. Dia bagi kucing-kucing mandi dengan sabun dettol, tv terbuka setiap hari sebab kucing-kucingnya suka tengok kartun. Setiap petang balik rumah, pasti rumahnya bersepah dengan permainan. Tapi siapa yang main sedangkan Asyikin anak tunggal? Kucing-kucingnya ! Ya. Akma tak tipu. Memang kucing-kucingnya yang bermain. Mereka seolah-olah peneman bagi Asyikin. Tak lah Asyikin rasa bosan ya tak? Dah bersepah tu confirm kena kemas, kan rasa macam kakak yang bertanggungjawab sikit kan? Hehe.
          Satu lagi Akma nak cerita pasal kucing dia, kisahnya pada suatu hari ni tv terbuka menayangkan iklan aiskrim sundae mcd tu kan. Tiba-tiba salah seekor kucingnya ni merengek nak aiskrim tu. Asyikin bagi makan, tak makan. Bagi permainan, tak main. Konon merajuklah tu. Jadi, keluarlah Asyikin berjalan jauh untuk pergi beli aiskrim sundae tu semata-mata. Bila balik, kucingnya memang makan. Mula-mula Akma rasa macam kelakar juga sebab kucing makan aiskrim sundae tu, lama-lama baru Akma sedar yang kucing tu juga ada keinginan macam manusia. 
          Akma doakan Asyikin dan semua rakan blogger yang membela kucing dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Marilah kita berbuat baik dengan binatang kerana binatang juga makhluk Allah SWT.

Bersedekah itu adalah amalan yang terajaib, memanjangkan usia, murahkan rezeki, menolak bala dan menyembuhkan penyakit. Marilah bersedekah walaupun dengan hanya sebiji tamar.


11 comments:

Qiish said...

assalamualaikum kak akma :) woahh . so marvelous laa cerita akak ! hehe . bab'bab kucing , memangg sy ndak boleh lepass . cewahh ;D seems betullah , sebab sy pun ada seekor kucing juga . dia selalu tidur sama sy , main'main dengan sy . huhhhh . memang sayang dekatt dea . tapi sekarang bukan dengan sy lah . dea dbwah jagaan kakak sy . sedihh sy , rindu dengan dea :) again , nice entry kak !

Farra Izzaty said...

Kucen macam manusia jugak :D kat rumah saya ada 5 ekor kucing yg suka dibelai , hihii

Cik Akma said...

@Qiish waalaikumussalam Qishh :)
Akak berkongsi shj. Benda baik bukan ? Hee. Wah bela kucing jugak eh? Rindu dia? Mestilah dah jauh dgn kucing kesayangan. Tak apalah nanti boleh jumpa juga kucing Qish tu :)

Cik Akma said...

@Farra Izzaty betul tu Farra. Selama ni Akma tak tahu kucing tu ada perasaan mcm manusia. Lepas dengar kawan cerita, baru tahu dan sedar :)

Jaga kucing Farra baik-baik ya ^^

Nur Amalina Maisarah said...

bestnye kalau dapat bela kucing :D
tp xsesuai bela asyik amti kena langgar T.T best entry ni

Cik Akma said...

@Nur Amalina Maisarah tak sesuai bela? urm kawasan persekitaran rumah yg tak sesuai ke? Tak apalah kalau tak dapat bela atleast kita bersedekah kpd dia. Kucing kan ada dimana-mana, dekat kedai makan selalu ada :)

♕tashyra said...

lpas baca entry ni,sy teringat kembali kejadian yg menimpa kucing sya. betul2 time hari puasa hari tu kucing sya balik ke rumah dgn biji mata dia tersembur(betul ke perkataan ni?) keluar. hmm :( kesian dia masa tu, ni semua perbuatan manusia yg tak berguna di kmpung sya.
tapi,skrng dia dah sihat :) hehe. sorry komen pnjang sgt nii. btw,nice entry :)

Cik Akma said...

@♕tashyra Ya Allah kenapa kucing awak jadi macam tu? Kesiannya :(

Alhamdulillah dia sihat kembali. Tak mengapa panjang pun, Akma tetap baca komen awak , hehe

Ichi Fighting said...

beberapa tahun lepas, penah bela kucing jugak. kucing tu pon suke dengar lagu korea. penah suatu hari pasang mv winter sonata, kucing tu terus masuk lam rumah n duduk depan tv. kelakar :)

Cik Akma said...

@Ichi Fighting kan? kucing ni macam memahami , hee

EiracayoO said...

kucing kat rumah eira tu rapat dengan eira je, dengan orang lain dia tak berani nak dekat, takut semacam je dengan orang lain.. ^_^