Tips : Menjaga Kesihatan Mata


Tips ni sesuai diamalkan sesiapa saja terutama pelajar atau individu yg bekerja dlm bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programmer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dan sebagainya. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dan lain-lain.
  • Setiap kali mandi atau berwudhuk (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaiknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. 
  • Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. InsyaAllah mujarab. Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih tapi tak salah cuba kan?
  • Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C- susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah-buahan (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.
  • Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yang boleh merosakkan mata dan minda anda.
  • Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:
    1) Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda. 
    2) Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
    3) Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata anda. 
Selamat mencuba dan jangan lupa berdoa dan tawakkal kepada Allah. InshaAllah




9 comments:

Syuhada Nasya said...

waa nice! tq ya :)

Cik Akma said...

@Syuhada Nasya welcome dear ^^

fiqah hamed said...

wah..nice entry sis..Sis tips nak menyegarkan mata untuk study ada tak?? XD

Shakira Pathi said...

nice sharing.tips yg sangat berguna :D

Windflower said...

nice tips :) thanks for sharing :)

Cik Akma said...

@fiqah hamed haha inshaallah sis buat tips tersebut nanti ya ^^

Cik Akma said...

@Shakira Pathi tq Shakira :)

Cik Akma said...

@Puteri Afiqah tq Puteri :)

Fatin Diana said...

nice tips ^^